Dah lama tak meng update kan blog ni. Sibuk dengan hal anak-anak .Terasa sunyi sangat hari ini bila anak-anak dah mula bersekolah. Kalau tidak, selama dua minggu bercuti banyaklah aktiviti yang dilakukan bersama. Jadi kak Dina ambik kesempatan untuk meng up date kan blog ni.
Macam kebiasaan bila cuti sekolah je banyak la orang buat kenduri kahwin dan kami sekeluarga mengambil kesempatan pergi bercuti. Kebetulan masa awal cuti tu ada kenduri kawin cucu sedara kami (terasa tua sangat) di Pulau Kemiri, Sungai Siput dan juga kenduri kawen anak sepupu Kak Dina di Alor Setar. So kami pakat2 dengan adik beradik sebelah suami untuk pergi bercuti ke Penang. Anak-anak semua enjoy kalau kami buat percutian berkeluarga macam ni. Setiap kali ada aje cuti, adik-beradik sebelah suami selalu mengaturkan percutian bersama dan selalu nya kami buat rancangan sebulan dua lebih awal. Adik bongsu pula bertindak sebagai Pengurus Kewangan dan Event dan yuran dari setiap ahli yang akan turut serta dikumpulkan supaya bila pergi bercuti tak payah nak pening kepala untuk segala macam bayaran. Dengan cara macam ni, yang tak cukup bajet pun masih boleh pegi bercuti kerana kutipan dah dibuat awal. Anak-anak memang suka kalau pergi bercuti ramai2 macam ni...banyaklah yang dapat mereka kongsi bersama-sama sepupu yang hampir sebaya dan yang penting dan yang selalu Kak Dina ingatkan pada anak2 ialah silaturahim antara saudara ini. Kalau boleh jangan biar terputus walaupun kami mak dan ayah dah tiada nanti. Jadi bila keakraban dipupuk sejak kecil...hubungan insyaallah akan berpanjangan. Anak-anak Kak Dina pun kalau pegi tengok wayang atau pegi main bowling atau lain recreational activity selalunya dilakukan bersama-sama sepupu-sepupu mereka baik sebelah kak Dina atau sebelah Hubby.
Masa cuti sekolah juga lah Kak Dina rajin masuk dapur...pastilah membuat kek menjadi pilihan. Kebetulan ada yang tempah CHocolate Moist Cake...so bertambah rajin lagi.
Ok lah setakat ni. Nak kena masuk dapur la ni untuk siapkan makan tengahari anak- anak. Apa nak masak yer? Dalam fikiran ini rasa macam nak masak nasi goreng n ayam goreng berlada hitam.
Sunday, June 12, 2011
Monday, March 21, 2011
chocolate as a gift: Coklat sebagai hadiah atau door gift
chocolate as a gift: Coklat sebagai hadiah atau door gift: "Coklat amat digemari oleh orang ramai di pelbagai peringkat dan pelbagai latar belakang/ Coklat juga boleh dibeli dan di makan bila - bila m..."
Coklat sebagai hadiah atau door gift
Coklat amat digemari oleh orang ramai di pelbagai peringkat dan pelbagai latar belakang/ Coklat juga boleh dibeli dan di makan bila - bila masa. Oleh itu coklat amat sesuai dijadikan buah tangan, hadiah atau door gift di hari istimewa dan di sebarang majlis keraian.... Gambar-gambar ini adalah sebahagian dari coklat yang dihasilkan untuk door gift dan hantaran untuk majlis pernikahan dan perkahwinan. Saya menggunakan coklat compound untuk semua ini.
HARGA: (Boleh dirundingkan untuk tempahan yg banyak)
1. Nutty praline (Almond or hazelnut) RM1.00 sebiji
2. Fruity filling RM1.30 sebiji
3. Oreo Choc with plastic cover RM1.50 sebiji
4. Oreo Choc with edible image
(Imej karton sahaja) RM1.80 sebiji
Pembungkusan:
1. Bajet...sushi cointainer (2 biji) RM2.20 sekotak
2. Plastic container (2 biji) with ribbon RM2.50 sekotak
3. Fancy card box (2 biji) with ribbon RM2.80 sekotak
4. Fancy card box (3 biji) with ribbon EM4.50 sekotak
5. Fancy card box (4 biji) with ribbon RM5.50 sekotak
6. Fancy card box (35biji- assorted) with ribbon RM65 sekotak
7. Jambangan bunga (dalam bakul) - ikut pada pelanggan...macam dalam gambar ini RM120.00
CARA TEMPAHAN , BAYARAN DAN PICK UP:
Sila email kepada kakDina : dinamdyusof@gmail.com atau sms ke 013-3620566. Bila telah dipersetujui, bayaran penuh hendaklah dibuat melalui akaun yang akan diberikan melalui email atau telefon bimbit pelanggan. Tempahan akan dibuat hanya setelah menerima bayaran penuh yang dipersetujui. Personal pick up amat diutamakan dan pick-up point ialah di Hentian Kajang dan Bandar Baru Bangi. Bagi kawasan persekitaran yang berdekatan penghantaran boleh dibuat dengan caj tambahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)