Sunday, June 12, 2011

Dah lama tak meng update kan blog ni.  Sibuk dengan hal anak-anak .Terasa sunyi sangat hari ini bila anak-anak dah mula bersekolah.  Kalau tidak, selama dua minggu bercuti banyaklah aktiviti yang dilakukan bersama.  Jadi kak Dina ambik kesempatan untuk meng up date kan blog ni.  

Macam kebiasaan bila cuti sekolah je banyak la orang buat kenduri kahwin dan kami sekeluarga mengambil kesempatan pergi bercuti. Kebetulan masa awal cuti tu ada kenduri kawin cucu sedara kami (terasa tua sangat) di Pulau Kemiri, Sungai Siput dan juga kenduri kawen anak sepupu Kak Dina di Alor Setar.  So kami pakat2 dengan adik beradik sebelah suami untuk pergi bercuti ke Penang.  Anak-anak semua enjoy kalau kami buat percutian berkeluarga macam ni.  Setiap kali ada aje cuti, adik-beradik sebelah suami selalu mengaturkan percutian bersama  dan selalu nya kami buat rancangan sebulan dua lebih awal.  Adik bongsu pula bertindak sebagai Pengurus Kewangan dan Event dan yuran dari setiap ahli yang akan turut serta dikumpulkan supaya bila pergi bercuti tak payah nak pening kepala untuk segala macam bayaran.  Dengan cara macam ni, yang tak cukup bajet pun masih boleh pegi bercuti kerana kutipan dah dibuat awal.  Anak-anak memang suka kalau pergi bercuti ramai2 macam ni...banyaklah yang dapat mereka kongsi bersama-sama sepupu yang hampir sebaya dan yang penting dan yang selalu Kak Dina ingatkan pada anak2 ialah silaturahim antara saudara ini.  Kalau boleh jangan biar terputus walaupun kami mak dan ayah dah tiada nanti.  Jadi bila keakraban dipupuk sejak kecil...hubungan insyaallah akan berpanjangan.  Anak-anak Kak Dina pun kalau pegi tengok wayang atau pegi main bowling atau lain recreational activity selalunya dilakukan bersama-sama sepupu-sepupu mereka baik sebelah kak Dina atau sebelah Hubby.

Masa cuti sekolah juga lah Kak Dina rajin masuk dapur...pastilah membuat kek menjadi pilihan.  Kebetulan ada yang tempah CHocolate Moist Cake...so bertambah rajin lagi.

Ok lah setakat ni.  Nak kena masuk dapur la ni untuk siapkan makan tengahari anak- anak.  Apa nak masak yer?  Dalam fikiran ini rasa macam nak masak nasi goreng n ayam goreng berlada hitam.